Cinta Hati...
menjual produk kesihatan dan makanan snek kampung
Halaman
Isnin, 23 September 2013
Ahad, 22 September 2013
PESANAN SEMASA MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang
menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan
diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut
menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Ahad, 15 September 2013
Sabtu, 14 September 2013
Rabu, 11 September 2013
Langgan:
Catatan (Atom)